Alhamdulillah!
Majlis bacaan Yaasin dan doa selamat telah diadakan semalam di Smart
Furqan. Para pelajar juga turut didoakan agar berjaya di dalam
peperiksaan yang bakal menjelang tak lama lagi. Turut hadir , Ustaz Al
Mahdi Husain selaku Pengerusi Smart Furqan memberikan sedikit taklimat
kepada para pelajar selepas bacaan Yaasin dan doa selamat yang dipimpin
oleh Mudir Smart Furqan, Al Fadhil Ustaz Syukri sendiri. Sanah Helwah
diucapkan kepada pengerusi smartfurqan atas ulangtahun kelahiran beliau
semalam. Smart Furqan mendoakan agar Ustaz Al diberikan kekuatan,
kesihatan, hidayah dan rezeki yang melimpah ruah. Semua pelajar
mendoakan kesejahteraan sekolah dan diakhiri dengan minum petang yang
sungguh menyelerakan! Barakallah.
Wednesday, 7 September 2016
About smartfurqan
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
