Di
SMART FURQAN para pelajar ditekankan dengan disiplin pengurusan diri
dan kebersihan dorm mereka. Setiap dorm dibahagikan mengikut warna cadar
yang berbeza. Warden akan membuat rondaan pada setiap hari bagi
memastikan dorm senantiasa kemas dan teratur. Alhamdulillah, para
pelajar dapat menjaga kebersihan diri dan pengurusan dorm dengan baik.
DORM
pelajar dibahagikan kepada tiga iaitu Dorm Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Setiap dorm mewakili warna cadar yang berbeza bagi memastikan kebersihan
terjaga.
Dorm Uthman bersiap sedia untuk diperiksa oleh para warden. Terdapat tiga warden ditempatkan bersama para pelajar setakat ini.
__________________________________________________________________________________
Kelas Intensif pelajar PT3
SMART
FURQAN memperkenalkan kelas intensif PT3 untuk para pelajar yang akan
menduduki peperiksaan PT3. Kelas Akademik diadakan pada setiap hari
Sabtu dan Ahad manakala kelas Matematik diadakan pada hari Rabu ( malam
).Didoakan semoga para pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan
cemerlang.
________________________________________________________________________________
TAZKIRAH ASAR
Pada
setiap kali solat Asar, Pengerusi SMART FURQAN sendiri akan menjadi
imam sekaligus memberikan tazkirah kepada para pelajar. Di antara
tajuk-tajuk yang diberikan sungguh menyentuh perasaan dan diselitkan
dengan kisah daripada Al Quran serta kisah-kisah seperti Al Qishay Al
Ahmar, Kisah Imam Abu Hanifah dan Pembuat Roti, Kisah As Tsa'labah dan
ibunya, Kisah Pembunuh 99 orang, Kisah Abu Nawas dan pelbagai kisah lagi
untuk menarik perhatian pelajar.
_________________________________________________________________________
BARAKA BLUE KL 2016
________________________________________________________________________________
BACAAN SURAH SELEPAS SOLAT
Setiap
kali selepas solat terdapat Jadual Bacaan Surah untuk para pelajar.
Mereka akan membuat Halaqah dan membacakan surah-surah penting seperti
Al Sajadah, Al Insan, Al Waqiah, Al Kahfi dan lain-lain lagi.
__________________________________________________________________
FUTSAL DAN RIADAH
Para
pelajar bermain Futsal di Gelanggang Futsal. Kebiasaannya setiap dua
kali sebulan , SMART FURQAN akan membawa para pelajar ke pusat futsal
ini untuk kecergasan diri. Pada hari Rabu pula selepas kelas terdapat
aktiviti ko kurikulum seperti silat dan tulisan khat.
SMART
FURQAN juga menyediakan Kelab Souq Koperasi untuk para pelajar melatih
diri menjadi usahawan serta pengurusan koperasi. Selepas ini setiap
kelab dan persatuan akan ditubuhkan oleh pihak sekolah seperti:
1. Kelab Memanah
2.Persatuan Bahasa
3. Kelab Kembara dan Pencinta Alam
4.Kelab Kadet
5. Kelab Bola Tampar
6.Kelab Bola Jaring
Para
pelajar puteri pula beriadah di Taman Rimba dan beberapa lokasi
rekreasi di kawasan terdekan dengan ditemani oleh warden mereka.