Pada
30 Ogos hingga 1 Sept 2016, SMART FURQAN telah mengadakan satu kem
motivasi dan bina semangat untuk melahirkan jiwa pelajar yang cintakan
Allah, Rasul, Ibubapa dan Kecemerlangan. Kem yang diadakan selama 3
hari 2 malam itu memberikan impak yang sungguh positif ke dalam jiwa
anak-anak Smart Furqan. Alhamdulillah.
Kem
ini dikendalikan oleh Pengerusi Smart Furqan sendiri iaitu Al Fadhil
Ustaz Al Mahdi Hussain. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ustaz Al
Mahdi adalah kaunselor bertauliah daripada Lembaga Kaunselor Malaysia
merangkap Imam 1 bertauliah di bawah JAIS dan telah menganjurkan
berpuluh-puluh Kem Motivasi , Ibadah dan Team Building di seluruh
negara.
Di
antara Program yang diterapkan kepada pelajar adalah program hafazan
dan praktis tahlil serta doa selamat. Sebagai pelajar tahfiz, mereka
sewajarnya mampu mengetuai amalan-amalan sunat seperti
Qiyamullail, ma'thurat, bacaan tahlil dan doa selamat. Qiyamullail
dijalankan bermula dengan Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat, Solat
Sunat Tahajjud, Solat Sunat tasbih dan Witir.
Tanpa meninggalkan aktiviti luar dan lasak, Jungle Trekking, Flying Fox, Hanging Bridge, Rakiting
dan Rentas Halangan turut sama dilakukan oleh para pelajar.Ustaz Al
memberikan semangat kepada Zaid dan Irfan sehingga mampu merentas Hanging Bridge dan Flying Fox setelah kedua-duanya mengaku phobia dan trauma atas kejadian lampau.
Syabas!


